tips cara hilangkan jerawat

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato ini mempunyai pelbagai
khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk
kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga
menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke
seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering
barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga
dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis
dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit
madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai
masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan
air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab
kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi
kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas
dan bau rempah yang kuat. hee…
3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain
dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut
jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan
bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada
bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi
dan waktu petang. Yang penting berterusan..
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada
bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian
baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu
untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada
wajah.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First, pisahkan kuning telur dengan
putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu
pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini
berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali
menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam.
Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan
korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada
hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada
tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur.
6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.okey selamat mencuba!!
Posted at 14:04 | 0 comments