Sweetness
THE SWEETNESS
Welcome. It's pink and black. So ? Haha. This are the your path; Dashboard | +Follow
tip hilang kan jerawat..
Kali ni aku nak bagi tips hilangkan jerawat paling efektif, aku dah cuba sendiri benda ni bukan main² ya kawan, kali ni serius dan mujarab, Alhamdulillah setelah aku mengamalkannya. Siapa yang kenal aku masa sekolah menengah 2007 pasti tahu muka aku yang penuh dengan jerawat, Sampai malu jugak nak berhadapan dengan orang, keyakinan diri jatuh dan macam² lagi. Banyak produk yang aku gunakan untuk hilangkan jerawat tapi masih tak mampu. Jom Baca apa yang aku amalkan selama ni.

Bahan Kimia
– Muka kita adalah bahagian paling sensitif dengan bahan kimia, seperti yang korang sedia maklum pencuci muka zaman sekarang ni banyak menggunakan bahan kimia yang kadang² kita tak tahu apa bahan sebenarnya walaupun sudah di label. Jadi sekarang ni aku tak menggunakan pencuci muka langsung, aku hanya amalkan berwuduk atau non-muslim boleh basuh muka dengan air biasa kemudian lap muka lembut², sehari 5 ke 6 kali.

Minyak
– Kebanyakkan orang yang ada jerawat berpunca daripada muka yang berminyak, korang terpaksa kurangkan makanan yang berminyak, lagipun minyak ni tak elok untuk badan manusia sebab mempunyai kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung dan macam² lagi penyakit, jadi tak rugi pun korang kurangkan makanan berminyak.

Picit/Pecah Jerawat
– Ini mesti korang suka buat kan? sebenarnya pecahkan jerawat boleh tetapi kena lakukan dengan betul, pastikan jerawat yang korang nak pecahkan tu masak atau nampak mata dulu kemudian dicuci dengan sabun agar tak ada kuman, kalau korang pecahkan dengan jari-jemari korang pastikan dicuci juga tangan tapi seeloknya gunakan sarung tangan getah, selepas pecahkan pastikan muka dibasuh dengan air bersih/air masak kemudian tepekkan bedak sejuk pada jerawat yang korang pecahkan tu, bedak sejuk dapat mengeringkan jerawat supaya tiada bekas/parut jerawat.

Minum Air Masak
– Minum air masak banyak² untuk neutralkan segala bahan didalam badan kita, jangan korang minum air sejuk/berais selepas makan, sebab air sejuk/berais ni membekukan makanan berminyak yang korang makan, apabila air sejuk/berais bertindak balas dengan asid, ianya menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat.

Tidur Awal
– Selalunya tidur awal ni memang susah, terutamanya pada pelajar sebab assignment suka buat last² minit kan? aku tahu sebab aku pun sama HAHA, Tidur awal dapat mengurangkan stress tetapi jangan terlebih tidur sebab tidur yang lebih boleh meletihkan badan kita, bila badan dah tak bermaya otak pun akan stress.

Makan Buah-Buahan
– Amalkan makan buah oren, Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Kawal Emosi
– Ok! emosi ni memang sangat penting, jangan terlalu bebankan otak dengan masalah² yang kita hadapi seharian, cuba tenangkan fikiran dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti membaca al-quran kepada muslim, yoga, dan macam² lagi.
Ini saja tips daripada aku, apa² pun kalau kita tak usaha memang takkan ada perubahan, kalau korang sekadar baca tapi tak praktikan memang takkan hilang jerawat tu, kita kena ada usaha doa dan tawakal insyallah muka yang korang idamkan akan dimiliki. Kepada yang muslim dinasihatkan untuk banyak berdoa kepadaNya jerawat itu juga dugaan kecil untuk kita.

Posted at 10:47 | 0 comments

|
say hai
Facebook | Twitter
tahniah kerana anda sudi membuang masa untuk memebaca blog ini.

Scream here

Navigation

About Links Entries


Credits
Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

- END -